Tuesday, January 24, 2012

Sekejap-sekejap Saja...







Sebuah renungan..
‘Usahlah kau menagih belas kasihan dari manusia,
kerana belas kasihannya sekejap sekejap saja.

Bila kau sebatang kara dan menangis,
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap sekejap saja.

Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji si muka-muka
yang gelumang nifaq dan cinta dunia

Kecuali mereka yang telah dikurniakan Allah
rahmat pada jiwa-jiwanya.
(Quran, 12:53)

Palingkan wajahmu hanya kepada Dia -
yang lebih dekat dari urat lehermu,
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu..

walaupun kau sering saja lupa taat,
sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,
yang telah zahir kepadamu dan yang tidak terlihat..
bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.

Jika sedikit ditarik nikmat-Nya,
kau pasti terduduk, ternganga.

Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa Allah.
Jangan kau zalimi diri.. jangan kau berubah,
jangan kau zalimi orang yang lemah,
kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah Allah.
Al-Jabbar, Yang Maha Gagah

Bila sakit, ingat.
Bila suka, lupa.

Sedarlah.
Malulah.

Beradablah kepada Allah.
Sebelum berakhir perjanjian,
antara jasad dan jiwa.'
" Duhai Tuhan Pemilik Arasy yang Agung,
kepada-Mu kuserah jiwa dan raga,
Apa yang telah Kau tetapkan sebagai anugerah,
akan tetap sebagai anugerah.
Tanpa-Mu aku kan hilang segala-galanya.
Pandangan Kasih dan Rahmat-Mu, yang kurayu dan kudamba,
sehingga ke penghujung nyawa."
.P/s. Memandang dia, aku pun ingat pada-Nya. Dan cinta pada Sang Pencipta, yang menjadikan aku sebagaimana adanya, semakin membening. Subhanallah, Maha Besar Engkau ya Rabbi, yang telah memberi anugerah pertemuan ini. Rahmatilah jiwa-jiwa kami, sebagaimana Engkau rahmati jiwa-jiwa yang muthma’inah. Kekalkanlah persaudaraan kami, dalam mulianya budi pekerti dan murninya ikhlas – fi sabilillah.. sehingga ke syurga-Mu, selamanya. (Amin ya Allah)

Sunday, January 15, 2012

Patah Tumbuh Hilang Berganti...

10 JAN 2012:


Selamat tinggal  dan selamat meneruskan perjuangan dengan perjawatan yang baru sebagai Kadhi Besar Negeri Johor buat Ustaz.Nooh bin Kadri, Mantan KPP Bah.Pengurusan Masjid JAJ
DAN
Selamat datang diucapkan buat Ketua Kepimpinan ( KPP ) baru ke Bah.Pengurusan Masjid JAJ 2012, Ustaz.Ahmad Faisal bin Mohamed dari MAIJ.


 Bismillahhh..... =)










 



 

 - Selamat Menjamu Selera -


 











Main teka kacang dalam balang...berapa agaknya ya ?????






Sudah ada pemenangnya.. >>











<< Pemenang teka jam..anak us.Nooh sendiri..ehe..




 
Itu saya =))

Ayahanda menyampaikan beberapa rangkap pantun bersi JOWO =p

 




 Khusyuk mendengar kata-kata terakhir dari ayahanda.. jasamu kukenang.. >>
KPP baru menyampaikan hadiah daripada warga PMS kepada Mantan KPP..
Cuba teka apakah isi di dalamnya..tetttt..hanya kami yang tahu..







Sesi bermaaf-maafan >>


TAHNIAH !!!!

 
Ustaz Ahmad Faisal bin Mohamed

Semoga setiap amanah dan apa jua yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan baik..Saya selaku warga Pengurusan Masjid JAJ amat mengalu-alukan kedatangan Tuan ke Bahagian kami..





Kenangan Terindah =))


Al-Fatihah

Setiap yang bernyawa pasti akan mati..dunia ini hanyalah pinjaman sementara..akhirat jua yang kekal abadi..

AL-FATIHAH buat :

YAM TUNKU TUN MAIMUNAH ALMARHUM SULTAN ISMAIL
@
TUNKU GEDUNG




13.1.2012 ( JUMAAT )

Dukacita dimaklumkan bahawa YAM Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail telah mangkat pagi tadi lebih kurang jam 04:01hrs dalam usia 72 tahun. Almarhumah mangkat dikediamannya di Bukit Gedung, Jalan Abdul Samad, Johor Baharu, Johor. 

Saya dan juga beberapa warga Jabatan Agama Johor (JAJ) turut hadir ke kediaman Almarhumah bagi mengucapkan takziah seterusnya membacakan sedikit tahlil, yasin dan juga Al-Qur'an untuk disedekahkan kepada Almarhumah. Jenazah kini berada dikediaman beliau dan akan dimakamkan selepas Solat Jumaat nanti di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu Johor.

Ini adalah gambar Almarhumah bersama salah seorang anakanda Sultan Johor, YAM Tunku Idris Iskandar. Tunku Idris dalam facebooknya mezahirkan kesedihannya :- Will miss you dearly my beloved grandaunt...Al-Fatihah.



 Diantara gambar-gambar yang sempat saya ambil diperkarangan istana beliau sebagai kenang-kenangan.


























Me like makcik-makcik..




















Sama-samalah kita doakan semoga Roh Almarhumah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnn...Takziah diucapkan kepada suami Almarhumah, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad dan keluarga semuga tabah menghadapi dugaan ini.




Family Day 2011 (JAJ) Bah.Peng.Masjid




Salam..
Arini juz nak kongsi kegembiraan masa Family Day yang lalu..
25 n 26/12/2011..Bertempat di La Grandeur

Selama 2 hari 1 malam kami semua warga Pengurusan Masjid menjayakan prOgram ini..bermacam-macam aktiviti diadakan di sana,antaranya sukaneka la yg paling seronok..dari kanak-kanak, remaja, dewasa, sampailah yang berpasangan semua jOin game yang dianjurkan..semuanya sporting..walaupon hujan kejap turun kejap reda..dengan semangat dan ukhwah yang ada dah tak endah dah semua tu..maen redah jerr..huhu..bila lagi dapat berkumpul ramai-ramai macam ni kan..bak kate orang putih tu..nak release tensiOn..asyik..!!











Terima kasih kepada semua yang menjayakan Family Day ni..Moga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat..Aminnn..........

Wednesday, December 21, 2011

TensiOn!!!



GGrrrr...tensiOnny harini..
berOk dah bayar pon masih lembab lagi..
Macam nak bOm je semua kedai celcOm ni..
GERAM...GERAM...!!!!!!!!!!!







TENSION nya!!!!!!!

Tuesday, December 20, 2011

Teman Di Kala Sunyi....

10.45 am
( Bilik Mesyuarat Bah.Pengurusan Masjid JAJ )


Salam ukhwah buat semua..lama rasanya tak tulis blog ni..jari jemari dah naik kaku, minda pun dah semakin beku..apa sudah jadi pada diriku..huhu..

Alhamdulillah pagi-pagi lagi Allah dah bagi rezeki..sebut-sebut pasal satey semalam..pagi ni satey dtg bergOlek, siap ada nasi ambang dan bubur kacang lagi..Harini kat opis ada wat dOa selamat sikit meraikan kejayaan staff-staff yang telah mendapat anugerah 'APC'..Tahniah diucapkan..

Harini saya sendiri lagi memandangkan kawan-kawan seperjuangan ada hal masing-masing..4 orang jejaka hensem mengikuti bengkel khutbah, sorang gadis yang jelita balik kampung cuti panjang..dari berEnam sekarang tinggallah saya seorang..sekuntum bunga yang kesepian..mm..bOsan jugak sOrang-sorang ni kan..takde teman tuk berbual..bergelak ketawa..walaupun ade saja staff yang datang menjenguk..menyakat..sekali sekala sendiri Ok jgk..takde sesiapa yang ganggu..dpt tenangkan fikiran dan mencari ketenangan..

Hehh..ragam manusia..tak siapa yang menjangka..dalam kesunyian..tiba-tiba datang seOrang staff berseloroh.." Saya suka tgk muka awak..sama macam muka kawan saya..muka awak tenang..natural..xbermake up sangat..saya suka orang macam awak..bila awak senyum, nampak lesung pipit awak tu..manis sgt..nk kata senyum tak senyum..nk kata ketawa tak ketawa..saya suka sgt tgk awk.." huhh....terkesima dibuatnya saya mendengar kata-kata tadi..walaupun staff saya..tapi saya tau itu adalah lumrah manusia..yang sentiasa kagum pada Anugerah Tuhan..tak salah bagi saya..saya hanya membalas kata-katanya dengan senyuman dan ucapan terima kasih..saya tau dihatinya takde niat lain..hanya pujian yang ikhlas dari hati..syukurillah.. =)

Kadang-kadang saya terfikir..perlukah manusia berteman?? Adakah manusia tak bOleh hidup tanpa teman?? Adakah teman tu akan sentiasa bersama kita dikala suka dan duka?? Dikala sunyi dan sepi?? Atau teman hanya hadir dikala sepi?? Hmmm...

Lazimnya manusia sememangnya memerlukan teman di dalam hidupnya..samaada teman untuk bercerita..teman untuk ketawa..teman untuk makan..dan ada juga yang berteman untuk ke 'toilet'..ehe..sungguh setia teman itu kan..?? =p kemana juga dia setia dan sanggup menemani temannya..

Di dalam Hadis Rasulullah S.A.W ada menyebutkan bahawa:

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri), anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu? 

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. 

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud,

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”(Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: 

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Hmm..bagaimana pula dengan teman dikala sunyi?? Ermm..bagi saya takde istilah teman dikala sunyi..berfikirlah secara positif..mungkin saat kita memerlukan teman kita tu..dia betul-betul tgh ada masalah atau ada kerja yang perlu diselesaikan..jadi pada waktu tu dia tak dapat untuk menemani kita..kita yang mungkin pada waktu tu betul-betul memerlukan dia akan naik berang..akan marah dan sebagainya..dan ada yang sampai terus nak putus kawan?? ahaa..inikah yang dinamakan kawan?? Bersabarlah..Allah suka pada orang yang sentiasa bersabar..Apa salahnya kalau kita bertolak ansur dengan teman kita..sekali sekala..tak salah kan??

Pokoknya..manusia lazimnya memerlukan teman..kerana teman akan menceriakan lagi hidup seseorang..tetapi manusia boleh juga hidup bersendirian..takkan rebah tanpa teman..kerana kita kena ingat disini bahawa Allah S.W.T adalah peneman setia kita..teman kita dikala suka dan duka..mintalah dan bermunajatlah sentiasa kepadaNya..jadi tak salah kalau kita bertemankan Allah S.W.T selamanya dalam hidup kita..kan..kan.. =))

Renung-renungkan!!

 


Nasi Ambeng saya yang belum disentuh lagi..seminggu tak makan pon takpe lepas makan nasi ambeng ni..tak muat perut..huhu..

Satey yang berbaki setelah dingapp oleh mereka2..Alhamdulillah..

Yang ni untuk saya ke?? ehehe..

 

Sunday, October 30, 2011

Solat Istikharah Memohon Petunjuk Dan Keredhaan..





  ~ Memohon kepadaNya ~


Pengenalan

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa.
Tujuan Solat

Biasanya solat Istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya. Maka untuk itu bagi memohon petunjuk dan keredaan adalah dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain.

Cara melakukan solat Istikharah 

Bangun daripada tidur yang nyenyak pada tengah malam bukan perkara mudah untuk menunaikan solat sunat. Bagaimanapun, jika diketahui fadilat yang bakal diraih melalui amalan solat sunat ini pasti kita berjaya untuk melawan mata mengantuk. Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah ialah sebaik-baiknya lakukan selepas jam 12 malam selama 3 hari berturut-turut dan mohon pada Allah apa yang mengganggu diri dalam membuat keputusan.

Kesimpulan

InsyaAllah kita akan mendapat jawapan atau tanda-tanda alamat melalui mimpi atau gerak rasa. Jika anda rasa tidak sedap hati, maknanya jika anda teruskan juga untuk melakukan nya, ia akan jadi musibah. Jika kita rasa tenteram dan tenang, maka kita sudah tahu jawapannya. Dan teruskan niat tersebut. Solat istikharah sangat digalakkan untuk mereka yang mahu mendapat jalan keluar terbaik kerana keputusan yang dibantu hidayah selalunya akan membawa hasil diharapkan.

Sumber disunting :  Berita Harian 2/3/2011

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Artikel dimasukkan pada 2 Mac 2011